Wednesday, January 23, 2013

Update Terkini di Byhatie Farm


Lama sudah byhatie farm tidak upload gambar-gambar terbaru. kini penghuni di byhatie farm sudah bertambah. kami akan cuba poskan gambar-gambar terbaru sekitar byhatie farm dalam masa terdekat.











...

Thursday, March 17, 2011

Lawatan Mahasiswa UPM.


Salam  semua  , agak lama jugak  blog  ini  tak  di  update sebab agak  sibuk  dgn  aktiviti yang lain. Pada 8 Mac lalu  rombongan  Mahasiswa  dari Jabatan  Perubatan  Veterinar UPM di ketuai  oleh  Dr  Jalilah Abu datang  melawat  dan  membuat  pemeriksaan (amali) oleh  bakal  Dr Veterinar dari UPM. Hampir  3 jam juga bakal  Dr Veterinar berada di Byhatie  Farm. Bagi  pemilik  Byhatie  Fram Dr Jalilah bukan asing  lagi sebab pada beliau lah  tempat  rujukan  apabila burung-burung di Byhatie  Farm menghadapi  masaalah  seperti  demam misalnya. Bakal Dr  Veterinar begitu  berpuas  hati melihat  dan memeriksa  burung-burung di Byhatie  Farm. Byhatie  Farm juga  berterima  kasih  kepada  pihat UPM yang  sudi  datang  ke Byhatie  Farm semoga  kerjasama  ini  akan  berterusan untuk  kebaikan  bersama terutama  kami  pencinta  unggas.


  
Mahasiswa UPM bermesra dengan JJ yang  mudah  mesra dengan sesiapa pun.




   Dr Jalilah sebgai  ketua  rombongan Mahasiswa UPM dari Fakulti Perubatan Veterinar .




    Mahasiswa  UPM  sedang  merawat seekor ayam yang  kebetulan kakinya  lemah.


   Inilah Mahasiswa UPM bersama Dr Jalilah dan Puan Yatie isteri pemilik Byhatie Farm.


Wednesday, February 9, 2011

Bumbung baru untuk penghuni ByhatieFarm

Sebelum ini bumbung untuk kandang di ByhatieFarm hanya menggunakan daun nipah dan setelah hampir 2 tahun menggunakannya kami membuat keputusan untuk menukarkannya. Walaupun sudah hampir 2 tahun menggunakan daun nipah tapi kondisi daun nipah masih baik dan masih boleh digunakan sebenarnya, inilah kelebihan menggunakan sumber alam semula jadi, tahan lama dan murah. Bumbung kandang-kandang di ByhatieFarm ditukarkan dengan Zink yang lebih tahan lama(harap-harap tahan lama) dan lebih mahal. Nampaknya selepas ini keselamatan penghuni ByhatieFarm akan lebih terjamin dengan penukaran bumbung baru  ni. Mari lihat gambar-gambar sewaktu proses memasang bumbung baru. Enjoy



























Monday, February 7, 2011

'Feature' terbaru di blog ByhatieFarm

Bagi memudahkan para pembaca untuk menghantar email kepada ByhatieFarm, kami menyediakan 'email form' di bahagian kiri (atas) blog ByhatieFarm. Selepas ini para pembaca boleh menghantar email, komen, mesej dan lain-lain lagi terus daripada form tersebut. Diharap feature terbaru ini dapat memudahkan para pembaca berhubung dengan kami. Para pembaca masih boleh menghantar email terus ke byhatiefarm@yahoo.com.






..

Sunday, February 6, 2011

Koleksi Tiong Mas ByhatieFarm


Selain african grey, cockatoo, blue fronted amazon, macaw dan lain-lain lagi ByhatieFarm juga mempunyai beberapa ekor tiong mas yang usianya di antara 1 - 2 tahun. Kesemua tiong mas ini dibela sejak dari anak lagi dan kami agak bernasib baik kerana kesemua anak tiong mas berjaya hidup tanpa sebarang pun kematian. 















..

Sunday, January 30, 2011

Salam dari Tiong Mas



Salah satu daripada koleksi Tiong Mas ByhatieFarm yang boleh bercakap. Tiong Mas ni dibela dari anak lagi. Umur Tiong Mas ini lebih kurang 1 tahun 6 bulan.











..

Sunday, January 23, 2011

Blue-fronted Amazon@Byhatie Farm


The Blue-fronted Amazon ataupun di kenali dengan panggilan Turquoise-fronted Amazon dan Blue-fronted Parrot berasal dari Amerika Selatan. Setakat ini spesis ini masih dalam status 'Least Concern' yang dikeluarkan oleh IUCN. Burung ini banyak dipelihara oleh para pengemar parrot kerana kebijaksanaannya meniru percakapan manusia. Byhatie Farm juga mempunyai seekor blue fronted amazon bernama 'Rocky'. Setakat ini 'Rocky' sudah pandai bercakap sepatah dua perkataan seperti helo, good morning dan bye.












Video :







..