Tuesday, December 28, 2010

Penemuan Terbaru.. Green Winged Macaw.. Speciment Terbesar Pernah Dilihat...

Penemuan Terbaru.. Green Winged Macaw.. Speciment Terbesar Pernah Dilihat...

Info ini saya dapat dari salah satu blog burung malaysia iaitu http://kawananparrotsku.blogspot.com/. Menurut penulis blog tersebut rakan beliau juga peminat Macaw dan memelihara juga species Green Winged Macaw sebagai burung kesayangannya. Rakannya menyuruh penulis blog melihat sesuatu yang pelik pada Macaw milik kawannnya.

Kayu anggar/tenggek pun kena besar.. Kalau tak habis hancur ni..


Paruh dia lebih besar daripada macaw lain

Kepala macam flower horn

Saiz kaki dan juga peha besar juga

Menurut petikan dari http://kawananparrotsku.blogspot.com/. Ini merupakan speciment Green Winged Macaw yang paling besar. Struktur paruh (upper mandible), lebar badan dan juga struktur kaki, lebar badan dan juga struktur kaki. Lebar badan burung tersebut nampak dekat-dekat 6 inci, lebar paruh atas dah dekat 3 inci. Kepala burung tersebut nampak lebih besar dari genggaman penumbuk.

Macaw ini adalah liar dan berdasarkan dari gambar yang saya lihat, keadaan bulunya kurang baik. Macaw yang liar biasanya sangat agresif sehingga tiada sesiapa yang boleh dekat ataupun menyentuhnya. Green Winged yang biasa saya lihat, saiznya adalah 30% lebih kecil daripada Green Winged di dalam gambar tersebut. Macaw Green Winged ini sememangnya besar!!!

Macaw ini berada di sebuah kedai haiwan peliharaan di Selangor. Harganya dalam linkungan RM9000. Macaw ini sudah beberapa tahun berada disitu kerana sampai sekarang tiada pembeli. Ini mungkin disebabkan oleh sifatnya yang agresif. Sekiranya dijinakkan, mungkin akan ada pembeli. Tetapi untuk menjinakkan Macaw yang sudah dewasa adalah begitu sukar.

Berdasarkan pengetahuan saya, Macaw jenis ini mungkin berasal daripada Amerika Selatan. Tetapi pada pendapat saya, ia mungkin berasal dari Bolivia kerana kebanyakan species Macaw berasal dari negara tersebut yang terkenal dengan saiz badan dan ukuran yang panjang dari kepala ke ekor dan lebih besar dari yang terdapat di tempat lain.

Sumber asal : http://tinyurl.com/kakaktua-utara






.......

No comments:

Post a Comment