Pages

Sunday, January 16, 2011

Koleksi Kuang Jantan/Pheasant




Kuang Raya satu satunya burung kuang yang terdapat di Malaysia dan ia dikategorikan dalam CITIES 1 kerana populasinya hampir pupus. Kolesksi burung Kuang (Pheasant) yang terdapat di ByhatieFarm ialah Golden,Yellow,Silver dan Lady Amherst's. Kesemua burung kuang yang ada di Byhatiefarm adalah berasal dari negara China. Burung Kuang ini biasanya bertelur antara bulan Mac hingga Jun.Setakat ini ByhatieFarm berjaya membiakkan 2 jenis kuang -Redgolden dan Yellow, jumlah telur setiap satu musim bagi seekor kuang boleh mencapai 16 biji dan setakat ini ByhatieFarm menetaskan mengunakan inkubator ,agak malang kadar kematian agak tinggi mungkin kerana penjagaan kurang rapi. Werm diberikan hampir setiap minggu agar kesihatan Kuang terjaga. Sebenarnya burung kuang adalah dalam katagori burung yang tercantik kerana warna bulunya yang berwarna-warni dan berkilau. ByhatieFarm menunggu kedatangan bulan Mac untuk melihat burung -burung kuang bertelur.



Silver Pheasant





Silver Pheasant





Silver Pheasant





Yellow and Lady Amherst's Pheasant





Yellow Pheasant





Yellow Pheasant





Golden Pheasant




Lady Amherst's Pheasant






Golden Pheasant







..

Saturday, January 15, 2011

A pair of Sulphur-crested Cockatoo@Kakaktua












..

Terengganu di serang wabak HAWAR



Baru tengok berita di kosmo, ternakan di sekitar terengganu di serang wabah hawar. Harap-harap takdalah wabak tu merebak sampai ke negeri lain. Untuk penternak di terengganu di harap dapat lebih berjaga-jaga.





..


Sulphur-crested Cockatoo@Kakaktua



Cockatoo ini sepasang, lagi sekor menyorok kat atas tak nak turun...lepas ni saya upload video pula, kat video tu nanti boleh nampak lagi sekor










..

Saturday, January 8, 2011

Dua Sejoli ( African Grey Parrot )



Dua Sejoli ( African Grey Parrot )







African Grey Parrot antara salah satu spesis paling senang untuk didapati dan murah dipasaran berbanding spesis burung lain seperti "Macaw". Tetapi menurut kenyataan yang di keluarkan oleh The International Union for Conservation of Nature (IUCN) African Grey Parrot berada di tahap hampir terancam ( Near Threatened ). Menurut analisis terbaru hampir 21% spesis burung ini ditangkap untuk dijual setiap tahun. Oleh itu kepada semua pemilik african grey di harap anda dapat menjaga burung anda sebaik mungkin. Saya juga mempunyai beberapa ekor congo african grey di ladang saya.




Tuesday, December 28, 2010

Penemuan Terbaru.. Green Winged Macaw.. Speciment Terbesar Pernah Dilihat...

Penemuan Terbaru.. Green Winged Macaw.. Speciment Terbesar Pernah Dilihat...

Info ini saya dapat dari salah satu blog burung malaysia iaitu http://kawananparrotsku.blogspot.com/. Menurut penulis blog tersebut rakan beliau juga peminat Macaw dan memelihara juga species Green Winged Macaw sebagai burung kesayangannya. Rakannya menyuruh penulis blog melihat sesuatu yang pelik pada Macaw milik kawannnya.

Kayu anggar/tenggek pun kena besar.. Kalau tak habis hancur ni..


Paruh dia lebih besar daripada macaw lain

Kepala macam flower horn

Saiz kaki dan juga peha besar juga

Menurut petikan dari http://kawananparrotsku.blogspot.com/. Ini merupakan speciment Green Winged Macaw yang paling besar. Struktur paruh (upper mandible), lebar badan dan juga struktur kaki, lebar badan dan juga struktur kaki. Lebar badan burung tersebut nampak dekat-dekat 6 inci, lebar paruh atas dah dekat 3 inci. Kepala burung tersebut nampak lebih besar dari genggaman penumbuk.

Macaw ini adalah liar dan berdasarkan dari gambar yang saya lihat, keadaan bulunya kurang baik. Macaw yang liar biasanya sangat agresif sehingga tiada sesiapa yang boleh dekat ataupun menyentuhnya. Green Winged yang biasa saya lihat, saiznya adalah 30% lebih kecil daripada Green Winged di dalam gambar tersebut. Macaw Green Winged ini sememangnya besar!!!

Macaw ini berada di sebuah kedai haiwan peliharaan di Selangor. Harganya dalam linkungan RM9000. Macaw ini sudah beberapa tahun berada disitu kerana sampai sekarang tiada pembeli. Ini mungkin disebabkan oleh sifatnya yang agresif. Sekiranya dijinakkan, mungkin akan ada pembeli. Tetapi untuk menjinakkan Macaw yang sudah dewasa adalah begitu sukar.

Berdasarkan pengetahuan saya, Macaw jenis ini mungkin berasal daripada Amerika Selatan. Tetapi pada pendapat saya, ia mungkin berasal dari Bolivia kerana kebanyakan species Macaw berasal dari negara tersebut yang terkenal dengan saiz badan dan ukuran yang panjang dari kepala ke ekor dan lebih besar dari yang terdapat di tempat lain.

Sumber asal : http://tinyurl.com/kakaktua-utara






.......